MTF 2017 OPENING CEREMONY PRESS RELEASE

MTF 2017 OPENING CEREMONY

PRESS RELEASE MTF 2017

MITA Travel Fair 2017 (MTF2017) adalah acara Ekspo Pelancongan Domestik yang terbesar di Malaysia. Acara yang akan dijadualkan dari 24-26 Februari 2017 di MINES International Exhibition & Convention Center akan menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 500 penggiat industri yang akan mempamerkan keunikan Malaysia dan ASEAN kepada 90,000 pengunjung yang dijangka melawat Mines International Exhibition dari jam 10 pagi – 9 malam setiap hari.

Acara yang ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merancang serta mendapatkan pakej-pakej pelancongan dengan harga diskaun sehingga 60%.

Untuk edisi yang ke 2 ini, beberapa dewan pameran tambahan selain dari Dewan Domestik akan diperkenalkan. Ini termasuk :
Dewan ‘Arts & Craft’ dimana pengunjung akan berpeluang untuk melihat demonstrasi serta membeli barangan kraf yang dibuat di Malaysia, Dewan ASEAN dimana pakej-pakej pelancongan ke negara ASEAN akan ditawarkan sempena Tahun Melawat ASEAN 2017 dan Dewan ‘Malaysia Food Festival’ dimana pengunjung yang dapat membeli dan merasa makanan dari seluruh negeri-negeri di Malaysia seperti Keropok Lekor dari Terengganu, Mee Kolok dari Sarawak, Nasi Dagang dari Kelantan dan lain-lain.

Negeri Perak yang merupakan Destinasi Domestik Pilihan di acara ini akan menampilkan produk, pakej serta destinasi pelancongan terbaru di negeri itu sempena Tahun Melawat Perak 2017. Negeri-negeri lain yang turut mengambil bahagian di acara ini adalah Melaka, Sarawak, Selangor, Terengganu, Pahang dan Sabah.

Edisi MITA Fair kali ini jugan akan memperkenalkan segmen pelancongan lain seperti

  • Diving
  • Golf
  • Extreme Sport
  • Equestrian

Dengan pelancaran kempen #GoDomestic oleh MITA, pengunjung dari luar dan dalam negara bukan sahaja dapat menikmati percutian hebat di destinasi-destinasi tempatan kegemaran mereka malah dapat mengenali negara ini dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang tahun 2017.

Selain itu, mereka akan berpeluang memperkenalkan produk-produk yang baru serta perkhidmatan yang ingin mereka ketengahkan. Pada masa yang sama, ejen-ejen pelancongan yang turut terlibat akan dijanjikan insentif pada kadar yang bersesuaian.

Sebelum ini, sudah ada beberapa kempen pelancongan domestik seperti Kenali Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, Zoom Malaysia dan yang terkini “Cuti-cuti 1 Malaysia, Dekat Je!”.

Semua kempen-kempen ini diperkenalkan dengan satu objektif iaitu memastikan industri pelancongan tempatan/ domestik negara terus berkembang pesat bukan sahaja dengan kemasukkan pengunjung dari luar tetapi juga menggalakkan penduduk tempatan untuk bercuti di negara sendiri.

Ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sentiasa mempelopori serta memperjuangkan pertumbuhan sektor pelancongan dengan kejayaannya sebagai penjana pertukaran matawang asing kedua terbesar dan komponen ekonomi ke-enam terbesar di Malaysia bagi tahun 2015.

Demi menyahut seruan serta memastikan matlamat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tercapai, MITA terus menggembeleng tenaga dalam mewujudkan kesedaran serta menggalakkan kerjasama antara penggiat industri supaya aktiviti pelancongan dalam negara sentiasa terpelihara dan terangsang.

MITA akan sentiasa bersama-sama membantu Kerajaan melakarkan pelan pembangunan pelancongan negara dengan mewujudkan kerjasama serta mengekalkan hubungan dengan pelbagai negara dan badan-badan pelancongan antarabangsa.

“Destinasi tempatan adalah satu produk negara yang mempunyai kisahnya yang unik dan tersendiri. Ia perlu dikongsikan bersama dengan semua justeru membawanya ke satu tahap yang boleh dibanggakan,” tambah Uzaidi.

Pameran MTF2017 yang juga merupakan sebuah perhimpunan tahunan yang dihoskan oleh para penggiat industri, wakil dari badan-badan pelancongan asing dan ejen-ejen pelancongan, akan menjanjikan kemeriahan tiga hari yang dipenuhi dengan aktiviti hiburan, sesi cabutan bertuah serta peluang untuk memenangi bermacam-macam hadiah yang menarik.

(Nota: MITA atau Malaysia Inbound Tourism Association ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai sebuah badan bukan berasaskan keuntungan. Dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, MITA berusaha untuk bersama-sama menjayakan kempen berasaskan pelancangon domestik yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi tahun 2016. Untuk maklumat lanjut tentang MITA Tourism Fair, e-mel mitatravelfair@mita.my atau telefon 03-42510351 serta layari laman web rasmi MITA iaitu www.mitamalaysia.com. Untuk mendapatkan berita serta gambar terkini yang akan dimuat-naik setiap hari bermula hari ini, #GoDomestic #GoASEAN